BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 2, 2013

"Sekiranya kamu mahu dihargai, belajarlah terlebih dahulu untuk menghargai."




Sahabat sekalian, 

Dalam dunia ni ada 2 perkara yang senang tetapi hakikatnya ramai yang susah untuk lakukan meskipun hanya sebaris kata. Namun, apabila telah dilakukan automatik jiwa akan terasa tenang dan nikmatnya...subhanallah sungguh tak terkata. Nak tahu tak apa 2 perkara tersebut??? 2 perkara tersebut ialah ungkapan "meminta maaf" dan "terima kasih". Mudah kan??? =) Walaupun mudah, tapi kenapa susah sangat kita nak sebut, kita nak buat??? Hanya 1 sebab iaitu ego! Dek kerana perasaan ego yang sering menghantui diri, kita menjadi susah sangat nak minta maaf walaupun sebenarnya kita bersalah dan kita seringkali lupa untuk berterima kasih di atas nikmat pertolongan atau bantuan yang telah kita peroleh daripada seseorang. 

Contohnya, apabila kita telah membebankan orang bawahan kita dengan tugasan atau sahabat kita dengan meminta bantuannya untuk menyiapkan assignment, agak2 apa yang dia mahukan sebagai balasan...? Tekaan saya, mereka tak mahukan apa2 selain rasa dihargai. Dihargai yang bagaimana??  Belanja makan? Beri duit? Tidak...sebenarnya cukup  dengan sebaris ungkapan : 

"Saya minta maaf sebab terpaksa susahkan awak" atau "Terima kasih sebab  bantu saya" dan sebagainya.

Hanya dengan ungkapan2 sebegini sebenarnya sudah cukup untuk menggembirakan hati sahabat kita dan membuatkan mereka rasa dihargai. Cuba anda bayangkan, sudahlah kita tidak menyumbangkan tenaga, tiba-tiba kita dapat markah yang sama. Agak2 anda, ada tak keberkatan di situ?? Renung2kan.. ;) Tambahan lagi kalau sahabat tersebut terasa hati dengan kita.. Cuba fikirkan!!!! 

Saya nak tanya, pernah tak anda rasa seperti tak dihargai???

Rasanya pedih dan sangat menyakitkan.. Betul tak??? ='( Kadangkala kita rasa seperti diri ini tak bermakna. Sedih sangat bila segala usaha kita, langsung tak dipandang apatah lagi untuk dinilai. Kita dah sehabis daya untuk menghulurkan bantuan, penyudahnya kita pula yang dikecewakan.. Bila dah jadi begitu, barulah kita sedar betapa kita dah bazirkan masa, tenaga dan segala rasa prihatin kita terhadapnya. Malahan, bila terasa diri ini tak dihargai, rasa macam nak maki hamun je kan???? Jangan2.. Tak elok... Istighfar2.. Astaghfirullahal a'zim... Sebagai seorang Muslim, kita kena ingat bahawa "Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang melebihi batasan kemampuan hambaNya.".. Anggap itu sebagai tarbiyah daripada Allah SWT dan mudah-mudahan kita dijauhi daripada sifat2 mazmumah.. Nauzubillahi min zalikh.. 

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

"Tetaplah orang-orang yang sabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) demikian termasuk hal-hal yang diutamakan." 
[As-Syuraa : 43]

Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud : 

"Bukanlah termasuk golongan kami siapa sahaja yang tidak menghormati orang yag lebih tua, menyayangi yang lebih muda dan mengenal hak orang 'alim kita." 
[HR Ahmad dan Hakim]

Sahabat, 

Jangan pula kita asyik memikirkan diri ini tidak dihargai sahaja, cuba re-check diri kita. Adakah kita ni jenis yang tahu menghargai???? (>_<) Nak tahu tak sifat2 orang yang tak tahu menghargai?? =)

1. Tak pernah ucap terima kasih 
2. Tak pernah berpuas hati dengan hasil kerja orang lain
3. Tak percayakan orang lain
4. Suka bangga diri
5. Riak, rasa diri hebat berbanding orang lain
6. Suka marah orang lain walaupun individu itu tak bersalah
7. Meletakkan kesalahan di bahu orang lain
8. Suka mendapat pujian atas usaha orang lain
9. Suka mencari kesalahan orang lain
10. Sukar terima pendapat dan pandangan orang lain

p/s : Jika ada, "reset" diri kita sahabat.. (T_T)

Akhir kata, belajarlah untuk menghargai orang lain kerana menghargai adalah salah satu daripada sifat mahmudah yang seringkali kita lupakan. Dengan menghargai, tautan ukhwah akan semakin erat. InsyaAllah.. =') 

Ingin saya memetik quote yang indah dan boleh dijadikan pedoman.. 

"Sekiranya kamu mahu dihargai, belajarlah terlebih dahulu untuk menghargai." 

Sekian, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat sahabat2 yang disayangi.. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk lagi hina hanyalah dari diri ini.. Wallahua'lam.. (^_^)